03 December 2009

Kertas PSV (Seni Halus) 2611/2 SPM 2009

Boleh tahan susah/senang juga soalan untuk PSV K2: Dari 6 soalan, dua soalan ini yang nampak agak senang untuk dikaryakan... iaitu soalan 01 dan 02...


1) Anda begitu terkejut kerana buah tembikai yang anda beli telah berubah menjadi sebuah rumah yang didiami oleh biji-biji tembikai yang mempunyai kaki dan tangan.

Lukis dari jarak dekat buah tembikai tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur jalinan, bentuk, ruang, dan perspektif.

你非常的吃惊,因为你买的西瓜已经变成了一间住所,由西瓜的果实,有脚和手…

试画出近距离的西瓜和给不同的线条,形壮,空间, 和透视画法的元素…


Contohnya:

Bahan yang digunakan: oil pastels

2) Sebuah tunggul kelapa di tepi pantai ditumbuhi pokok orkid yang sedang berbunga.

Lukis dari jarak dekat tunggul kelapa dan pokok orkid dengan berlatarbelakangkan pantai dan laut. Penekanan hendaklah diberikan kepada unsur jalinan, bentuk, warna, dan ruang.

在海边的一棵椰树上的树头长了正在开花的胡姬花…

试画出近距离的椰树和胡姬花,背景是海.必须给不同的线条,形壮,颜色, 和空间的元素…


Contohnya:
Ini adalah beberapa langkah untuk menghasilkan Karya Bunga Orkid di tunggul kelapa berlatarbelakangkan laut dan pantai......

Langkah 1...
Langkah 2...

Langkah 3...

Langkah 4... Karya Siap!!!

Bahan yang digunakan: warna poster

Bahan yang digunakan: oil pastels


3) Seorang budak lelaki sedang menyikat rambut seorang perempuan tua di dalam sebuah bilik. Perempuan tua itu duduk di atas kerusi yang menghadap tingkap sambil menatap wajah pada cermin yang dipegangnya.

Lukis suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada kesan ruang, jalinan, dan warna

在一间房间里一位男生正在为一位老女人绑头发.老女人坐在椅子上一边面对窗口一边照着手上拿着的镜子…

试画出当时的情景和给不同的空间,线条, 和颜色的效果…



4) Beberapa orang pelajar sedang memerhatikan pelbagai jenis ikan di dalam sebuah terowong akuarium.

Lukis situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur jalinan, ruang, perspektif dan pencahayaan.

有几位学生在观察水族馆一条遂道不同类型的鱼儿…

试画出当时的壮况和给不同的线条,空间,透视画法, 和照亮的元素…



5) Anda telah menyertai perkhemahan Pasukan Pengakap sekolah anda di sebuah hutan rekreasi. Semasa perkhemahan tersebut, jerebu melanda kawasan perkhemahan anda. Ketika itu juga, cahaya matahari menjadi kekuning-kuningan, manakala pokok-pokok di persekitaran tidak jelas kelihatan kecuali khemah anda.

Gambarkan situasi tersebut dalam lukisan anda. Lukisan tersebut hendaklah memberikan penekanan kepada unsur jalinan, ruang, warna, dan pencahayaan.

你参加了学校童子军团体在休闲森林的露营.当起营帐的时候,烟雾闯入了你们的营帐,而且太阳变成了呈黄色,周围的树看到很模糊,除了自己的帐篷…

试画出当时的壮况,必须给不同的线条,空间,颜色, 和照亮的元素…



6) Seekor rusa sedang minum air di sebuah tasik. Di sekitar tasik ditumbuhi pokok-pokok renek.

Lukis situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur ruang, bentuk, dan jalinan.

一只鹿正在湖里喝水.湖的周围长满了矮的树…

试画出当时的壮况和给不同的空间,形状, 和线条的元素…




Selamat menjalani peperiksaan SPM kepada semua calon SPM 2009... Semoga memperolehi kejayaan... Jangan lupa jawab kertas PSV elok²... SELAMAT MENCUBA DAN BERKARYA...

No comments:

Post a Comment