17 December 2009

Salam Tahun Baharu Hijrah 1431H

Dalam hitungan jam maka tahun hijriah akan terganti dari 1430 menuju 1431, dan dalam hitungan hari maka tahun masehi juga akan terganti dari 2009 menuju 2010. Alangkah eloknya jika HIJRAH dijadikan iltizam TAHUN BAHARU 1431H / 2010M...


UMUMNYA hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Penghijrahan komuniti Muslim pada zaman Rasulullah S.A.W berlaku sebanyak tiga kali. Pertama, hijrah ke Habsyah pada 615 Masihi, kedua juga ke Habsyah pada 617 Masihi dan ketiga ialah hijrah Rasul SAW ke Yathrib pada 622 masihi.

Sesungguhnya penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah telah memberi nafas baru kepada suatu perubahan yang besar dalam sejarah kebangkitan ummah. Penghijrahan beberapa orang sahabat ke Habsyah misalnya adalah sekadar penghijrahan biasa saja bagi melarikan diri dari kezaliman, cemuhan dan seksaan Musyrikin Makkah, dan penghijrahan Rasulullah SAW ke Yathrib adalah penghijrahan yang dilakukan atas arahan dan perintah Allah bagi meneruskan perjuangan untuk menegak, mengukuh dan mempertahankan Islam

Kalangan ulama bersepakat meletakkan peristiwa hijrah sebagai ‘ZAMAN BAHARU' yang memberi ‘nafas baru’ kepada misi penyebaran Islam. Selain daripada tahun hijrah diguna pakai sebagai penanda TAKWIM BAHARU umat Islam,
hijrah juga menandakan bermulanya method kehidupan baharu melalui pembinaan semula sahsiah dan keperibadian Muslim seperti yang dibentuk dan diperkasakan agama. Perpindahan daripada amalan yang memaparkan kejahilan setelah hilang panduan hidup kepada amalan yang berasaskan disiplin agama yang berpandukan al-Quran.... jadi elok sangatlah HIJRAH dijadikan iltizam tahun baharu...

Hari ini dan ketika ini, cerita penghijrahan Rasulullah SAW hanya sekadar catatan yang diabadikan dalam buku sejarah. Seperti cerita-cerita sejarah yang lain, cabaran penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah menjadi rakaman sejarah sekadar untuk dibaca sebagai bekalan bagi menjawab soalan peperiksaan. Lebih malang lagi amalan membaca berasaskan orientasi itu akan lupus selepas zaman persekolahan berakhir. Maka jadilah sejarah penghijrahan yang memberi implikasi yang besar maknanya kepada penyebaran Islam itu dilupakan secara berperingkat, jauh sekali untuk dihayati. Sedangkan inti pati dan mesej penghijrahan itu sangat besar dan amat mendalam pengertiannya di sisi agama.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.”
– (Hadis Riwayat Bukhari)

Fajar tahun Hijrah 1431 yang bakal menjenguk kita nanti diharapkan dapat mengubah persepsi Muslim berkaitan isu itu melalui iltizam yang penuh untuk diterjemahkan ke dalam bentuk pelaksanaan.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan dosa bererti ia membuat noda dengan sebuah titik hitam di dalam hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkan perbuatannya, dan memohon ampun kepada Allah, maka hatinya jernih kembali. Tetapi apabila ia menambah dosanya, maka bertambah pulalah titik hitam itu hingga menutupi seluruh hatinya.” – (Hadis Riwayat Ahmad)

...mengingatkan pada diri ... HIJRAH - iltizamku sambut tahun baharu....

"Ya ALLAH jadikanlah sebaik-baik umur saya pada hujungnya, dan sebaik baik amal an saya adalah pada akhirnya dan sebaik-baik hari adalah pada saat saya menemuiMU... Jika esok atau pada tahun hadapan nafas tidak lagi ENGKAU titipkan kepada saya, maka permudahkan saya pada saat sakaratul maut ya ALLAH dan terimalah segala ibadah saya yang tak sempurna ini..."
Amin.

Image
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H




13 December 2009

I MISS you Friend...

Ha… hari ni aku nak posting mengenai friend-friend aku…

Actually aku akan kehilangan my beloved friend… pastu jumpa n masing-masing wat hal sendiri lak pasni… sedihnyer…

Aku sebenarnya memang ramai kengkawan masa form 5…

Kitorang terpaksa berpisah buat selama-lamanya kerana mengikut haluan masing-masing setelah habisnya exam SPM 2009… wa… ni buat aku sedih ni… ermm

Okeylah… mengenai friend aku… aku akan listkan mereka…

Bagi my beloved 5D friend (male) :~
  • syazwan
  • jeremy
  • chuan kiat
  • chun fuei
  • amirul
  • aidil
  • sabri
  • muaz
  • faizal
  • nazri
  • izaidi
  • yazid
  • afiq
  • pui chean
  • fahmi
  • shafie
  • syaiful riduan
  • saiful rozaimie
  • ridhuan
  • yi hang
  • brandon
  • azrin
  • zulhamizan
  • syafiq
  • haizeq
Bagi my beloved 5D friend (female) :~
  • syaza
  • li ting
  • suit ee
  • anisa
  • isti
  • iis
  • nuriyah
  • amira
  • azlenah
  • atikah
  • nor atikah
  • azizah
  • fatin
  • siti nursakinah
  • ermie
  • halimatus
  • ku
  • aida
Itulah senarai nama kengkawan yang aku akan miss selama-lamanya… wa aku rindu la ngan korang nanti… ermm... psst… ishhh… sedihnya…

10 December 2009

Sungai gabai hulu langat selangor


































Sumber:
http://gabai-waterfall.blogspot.com

04 December 2009

Group SMKTM, KL' 5 DAMAI' 2009 di FACEBOOK

Klik link ini untuk sertai group SMKTM, KL' 5 DAMAI' 2009 di facebook...

http://www.facebook.com/group.php?gid=172124118394

03 December 2009

Kertas PSV (Seni Halus) 2611/2 SPM 2009

Boleh tahan susah/senang juga soalan untuk PSV K2: Dari 6 soalan, dua soalan ini yang nampak agak senang untuk dikaryakan... iaitu soalan 01 dan 02...


1) Anda begitu terkejut kerana buah tembikai yang anda beli telah berubah menjadi sebuah rumah yang didiami oleh biji-biji tembikai yang mempunyai kaki dan tangan.

Lukis dari jarak dekat buah tembikai tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur jalinan, bentuk, ruang, dan perspektif.

你非常的吃惊,因为你买的西瓜已经变成了一间住所,由西瓜的果实,有脚和手…

试画出近距离的西瓜和给不同的线条,形壮,空间, 和透视画法的元素…


Contohnya:

Bahan yang digunakan: oil pastels

2) Sebuah tunggul kelapa di tepi pantai ditumbuhi pokok orkid yang sedang berbunga.

Lukis dari jarak dekat tunggul kelapa dan pokok orkid dengan berlatarbelakangkan pantai dan laut. Penekanan hendaklah diberikan kepada unsur jalinan, bentuk, warna, dan ruang.

在海边的一棵椰树上的树头长了正在开花的胡姬花…

试画出近距离的椰树和胡姬花,背景是海.必须给不同的线条,形壮,颜色, 和空间的元素…


Contohnya:
Ini adalah beberapa langkah untuk menghasilkan Karya Bunga Orkid di tunggul kelapa berlatarbelakangkan laut dan pantai......

Langkah 1...
Langkah 2...

Langkah 3...

Langkah 4... Karya Siap!!!

Bahan yang digunakan: warna poster

Bahan yang digunakan: oil pastels


3) Seorang budak lelaki sedang menyikat rambut seorang perempuan tua di dalam sebuah bilik. Perempuan tua itu duduk di atas kerusi yang menghadap tingkap sambil menatap wajah pada cermin yang dipegangnya.

Lukis suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada kesan ruang, jalinan, dan warna

在一间房间里一位男生正在为一位老女人绑头发.老女人坐在椅子上一边面对窗口一边照着手上拿着的镜子…

试画出当时的情景和给不同的空间,线条, 和颜色的效果…



4) Beberapa orang pelajar sedang memerhatikan pelbagai jenis ikan di dalam sebuah terowong akuarium.

Lukis situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur jalinan, ruang, perspektif dan pencahayaan.

有几位学生在观察水族馆一条遂道不同类型的鱼儿…

试画出当时的壮况和给不同的线条,空间,透视画法, 和照亮的元素…



5) Anda telah menyertai perkhemahan Pasukan Pengakap sekolah anda di sebuah hutan rekreasi. Semasa perkhemahan tersebut, jerebu melanda kawasan perkhemahan anda. Ketika itu juga, cahaya matahari menjadi kekuning-kuningan, manakala pokok-pokok di persekitaran tidak jelas kelihatan kecuali khemah anda.

Gambarkan situasi tersebut dalam lukisan anda. Lukisan tersebut hendaklah memberikan penekanan kepada unsur jalinan, ruang, warna, dan pencahayaan.

你参加了学校童子军团体在休闲森林的露营.当起营帐的时候,烟雾闯入了你们的营帐,而且太阳变成了呈黄色,周围的树看到很模糊,除了自己的帐篷…

试画出当时的壮况,必须给不同的线条,空间,颜色, 和照亮的元素…



6) Seekor rusa sedang minum air di sebuah tasik. Di sekitar tasik ditumbuhi pokok-pokok renek.

Lukis situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur ruang, bentuk, dan jalinan.

一只鹿正在湖里喝水.湖的周围长满了矮的树…

试画出当时的壮况和给不同的空间,形状, 和线条的元素…




Selamat menjalani peperiksaan SPM kepada semua calon SPM 2009... Semoga memperolehi kejayaan... Jangan lupa jawab kertas PSV elok²... SELAMAT MENCUBA DAN BERKARYA...