29 August 2009

Sudah Seminggu Berpuasa

Alhamdulilah...sudah masuk seminggu kita berpuasa...Semua berjalan dengan lancar...

Aku besyukur sangat-sangat coz dapat menunaikan ibadah puasa bersama ngan family aku...Aku berharap dapat memenuhkan puasa aku tahun seperti-seperti tahun lepas...

Aku berasa penat gak pose...tapi terpaksa ler tahan...he2...walaupun letih namun aku teruskan jugak berpuasa...

27 August 2009

Senarai Rancangan Yang Disiarkan oleh ASTRO RIA - Istimewa AidilFitri

SALURAN ASTRO : RIA (104)
RAYA : PERTAMA HINGGA KETIGA

Untuk pengetahuan anda,saya telah mengedit dari Majalah AstroView edisi khas September. Sebarang perubahan tertakluk pada Astro....

RAYA PERTAMA

* Bolos Saja Raya Ini : 10.00 pagi
* Kelab Pop Rayalah Pulak : 11.30 pagi
* Fantasia AidilFitri - Konsert Reunion AF7 : 12.00 tengahhari
* Layaraya - DUYUNG : 2.00 petang
* Habibi Mawi AidilFitri : 4.00 petang
* Trek Selebriti Raya 2009 : 5.30 petang
* Macam-Macam Aznil Raya : 6.00 petang
* Astro MegaRaya : 7.30 petang
* Layaraya - EVOLUSI KL DRIFT : 9.00 malam


RAYA KEDUA

* Rumah Terbuka AidilFitri AF7 : 10.00 pagi
* Konti Raya ERA TV : 11.30 pagi
* Lantera AidilFitri Dato Siti Nurhaliza : 4.00 petang
* Jangan Lupa Lirik Raya ! Raya ! Raya ! : 6.00 petang
* Layaraya - CONGKAK : 9.00 malam


RAYA KETIGA

* DekoRaya Eric : 10.00 pagi
* Anugerah AidilFitri Siti Nurhaliza : 11.30 pagi
* AC Raya D Sini Lagi : 4.00 petang
* Glamor Raya 2009 : 6.00 petang
* Layaraya - ANAK HALAL : 9.00 malam

25 August 2009

Merdeka topic

Buletin Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKTM, KL





My Favourite Biskut Raya

Biskut TaRt NeNas

Biskut CoRnfLaKes MaDu

BiSkUT MaMa CaRrIes

BiSkUt sEmPrIT

bIskuT aLMoN lOnDON


Biskut Batang Buruk....kelakar namanya...tapi sedap...


Biskut Gajus...

Nervous Nak EXAM !!!


Hai korang sumer...Apa kahabar....Hope korang sumer sihat di samping keluarga tercinta.Alhamduliliah saya sihat sejahtera di samping keluarga...


Sekarang aku tengah konfius dah nervous la beb coz exam percubaan dah dekat.Jadual or tarikh exam tersebut pada 01/09/2009 nanti...Oh....sungguh nervous la aku duk fikir pasal exam ni.



Mcam mana ler nak buat supaya kita ni sentiasa ready...nak exam..Dah banyak kali dah aku baca buku tapi tak faham-faham gak.

Kekadang aku ni tertido masa nak jawab exam especially kalu mata pelajaran yang aku tak paham nak jawab and aku tak minat.


Aku takut ler nak exam ni coz cikgu kata ni adalah last exam kita sebelum menduduki SPM sebenar...

10 KAEDAH TINGKATKAN KELIKATAN AIR MANI

AIR mani ialah campuran cecair dari pundi prostat, pundi seminal, pundi cowpers, pepundi dalam salur kencing, cecair dari pundi epididimis dan sperma dari kilang sperma.

Ada 10 cara yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani, antaranya:

Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi, isi padu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari, air mani lebih mantap.

Elak tabiat merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.

Lakukan senaman secara berkala. Lakukan senaman kegel atau kemut, iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.

Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak, tinggi khasiat protein, sayur-sayuran dan kekacang. Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani. Kurangkan makanan pedas dan berempah.

Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan. Kepanasan menjejaskan kilang sperma. Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek ‘boxer’ dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas.

Kurangkan berat badan jika didapati meningkat. Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormon testosterone.

Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertakafur kerana tekanan memberi kesan negatif kepada kesihatan badan.

Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isi padu air mani yang lebih.

Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani dan bilangan sperma. Kekacang membantu meningkatkan sperma, zink dapat memantapkan kilang sperma.

Herba Horny Goat Weed atau Epimedium, Tribulus dan extrak standard Tongkat Ali (NU-PREP75) semuanya dapat membantu meningkatkan tahap hormon testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma. Semua ini boleh didapati dari farmasi.

Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecergasan pundi yang menghasilkan air mani.

Jika lakukan seks sebelah malam, tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang, jadi pengeluaran air mani juga kurang.

Kemuskilan ini dijawab oleh
Dr.Ismail Thamby

artikel dipetik dari HARIAN METRO

AstroView Edisi Raya Dah Sampai

Yahoo...Akhirnya dah sampai AstroView untuk bulan September..Aku sudah lama menanti kedatangan buku ini coz dalam ini menyiarkan siaran-siaran yang bakal disiarkan pada Hari Raya nanti di saluran ASTRO.


Untuk ASTROVIEW edisi Raya ini menampilkan Pengacara No.1 Paling Popular di Malaysia iaitu Aznil Haji Nawawi..Wow memang hebat ar Uncle Aznil coz dapat jadi cover majalah Astroview kali ini..Memang mantop la...



Memang kulit cover untuk bulan September pun cantik beb...

Warna hijau..sempena AidilFitri yang bakal tiba nanti...

Wa...tak sabar rasa nak sambut Raya ni......happening..

Dalam Astroviwe untuk edisi kali ini akan menyiarkan senarai-senarai program TV yang bakal disiarkan untuk santapan Hari Raya anda di Astro nanti...

Selain itu.cerita hangat oleh Bintang Popular kita iaitu Mawi juga turut dimuatkan dalam edisi Astorview raya ni.

Dalam Astroview itu menceritakan suasana yang bakal disambut oleh Mawi disamping bersama dengan ister tercintanya iaitu Ekin dan juga di rumah baru beliau...

Memang best ar Astroview kali ini.......thanks Astro...

Okeylah....aku nak chow dulu ler..selamat berpose yer...pose penuh tau...jangan ponteng pose....berdosa....he2.....Assalamualaikum.....

p/s : nanti aku posting senarai rancangan yang bakal disiarkan oleh ASTRO pada hari raya nanti....tunggu tau....dengar kata banyak citer-citer yang gila-gila dan happening tak kurang juga filem-filem hebat dan cerita sedih...nantikan....

24 August 2009

Tahniah Buat Chung Chun Fuei

Tahniah Chung Chun Fuei kerana berjaya mendapat Lesen Memandu Percubaan Malaysia {Lesen P} kelas D {Motokar Berat BTM tidak melebihi 3000kg} pada 24/08/2009 Isnin...

Anda boleh... mengapa orang lain tak boleh??? hahaha...

Jadual Waktu Ujian Percubaan SPM 2009, WPKL




Selamat Maju Jaya !!!
Good Luck !!! All The Best !!!

Kelas Tambahan Bulan Puasa

Fuh...letih la time ada kelas masa bulan pose ni...

  • Kelas tambahan telah diadakan pada hari Isnin {24/08/2009} dan Selasa {25/08/2009}.Tambahan dalam bulan pose ini diadakan dalam cuti semester 2 yang sekarang tengah berlangsung...
  • Kelas tambahan berfokus Ramadan ini diadakan selama 2 hari dan bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Bilik Teknik Vokasional blok F, kelas yg terlibat ialah kelas 5C dan 5D sahaja...
  • Tambahan tersebut diadakan ialah mata pelajaran Prinsip Perakaunan oleh cikgu NOOR AZLINA BINTI MD SAAD yang nak abiskan bab yang belum diajar sebelum semua form 5 masuk TRIAL SPM nanti pada 1 September 2009 nanti...
  • Memang gementar la beb time nak tunggu trial...cam periksa sebenar la pulok....
PUAN NOOR AZLINA BINTI MD SAAD
Ketua Panitia dan Guru Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan

Favourite Singer : Dato' Siti Nurhaliza

Dato Siti Nurhaliza

Huh...saper tak kenal Diva Malaysia ni..memang tersohor la kat Malaysia ni..memang ngok ngek ler kalau tak kenal Dato CT ni..

Dato CT merupakan icon Muzik yang paling popular kat Malaysia ni.Selain itu,Dato CT pun famous jgak kat Indonesia,Brunei dan Singapura..

Dato CT juga famous jugak ler kat LuAR nEGara..Apa tidaknya,Dato CT pernah mengadakan persembahan bersama Gareth Gates di MTV Music Awards.

Dato CT pun juga pernah mengadakan konsert solonya di dewan yang bertaraf giler la...ira dewan antara dewan yang terhebat iaitu ROYAL ALBERT HALL...

Selain dari Dato CT,artis Malaysia yang pernah membuat persembahan di sana ialah Allahyarham Sudirman,kumpulan Nasyid Raihan.

Dato CT telah memulakan karier sebagai penyanyi pada usia belasan tahun (tak tahu umurnya)...Dato CT telah menjadi sohor/terkenal setelah lagu firstnya Jerat Percintaan telah memenangi Anugerah Juara Lagu pada tahun 1997 anjuran TV3.Lagu tersebut telah mengangkat nama Dato CT sehingga menjadi popular dan hebat.Lalu populariti terus menjadi kukuh setelah pada itu...

Dato CT pada ketika ini telah mempunyai 12 album dan telah mengadakan beberapa konsert besar dan konsert kecil.Antara album yang aku pernah beli dan tengok ialah Adiwarna,Safa,Pancawarna,E.M.A.S,Transkripsi,Hadiah Daripada Hati,Prasasti Seni,Lentera Timur dan banyak lagi...









Seminar Teknik Menjawab Soalan SPM : Bahasa Cina

Salam Sejahtera semua...

Apa khabar korang sumer...hopely korang semua sihat-sihat belaka ek...Aku pun sihat kat sini..Kalau tak sihat takder la aku nak posting blog hari ni...

Hari ni aku saje je nak posting blog mengenai Seminar Teknik Menjawab Soalan SPM 2009.Untuk posting kali ni aku nak cerita about hari masa ada mata pelajaran Bahasa Cina

Seminar untuk Bahasa Cina telah diadakan minggu lepas iaitu pada hari Selasa (18.08.2009) di Dewan Heng Gok Hai Sentul, dianjurkan oleh JPWPKL...Masa seminar tersebut bermula pada pukul 7.30 am hingga ler pada pukul 3.00 petang.Seminat teknik menjawab itu akan berlangsung lebih kurang selama 7 jam...Sekolah saya hanya 3 org jer yg pergi...Memang best giler la...dah ler boleh penceramah yang sporting giler...

Duit

Ha....hari ni aku nak update pasal DUIT....

DUIT Lebih Spesifikasi adalah :

D - DOA
U - USAHA
I - IKHTIAR
T - TAWAKAL


Aku teringat lagi citer RAJA LAWAK (Kumpulan Cham) yang pernah disiarkan oleh Astro Prima.Memang best giler...pandai korang aturkan perkataan tu..

Pasal duit...kalau takder duit memang susah nak hidup..sekarang ni kena ada duit baru leh hidup..Duit segala-galanya hari ini.Aku katakan ini bukanlah aku ni jenis bersikap materialistik namun aku rasakan kalau korang ada duit korang leh buat apa-apa...korang leh beli RUMAH,KERETA,SHOPPING,BELANJA dan banyak lagi...Macam-macam la korang leh beli...

Untuk dapatkan duit tu kena la usaha sedikit....

Aku sekarang ni memang gilerkan duit...macam-macam ler kalau aku dapat duit aku akan beli....

Fadilat Solat Sunat Terawih


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan . . .

Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18
Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

23 August 2009

Seng Pui Chean 18 Years Old Birthday Party VIDEO

Edit by:~ Ng Chuan Kiat {NgongHai}' August 2009

20 August 2009

Nama budak 5D di dinding kelas

Tarikh/Hari: 19/08/2009 {Rabu}
Masa: 11.30pm
Tempat: 5 Damai SMKTM, KL

19 August 2009

Selamat Menyambut Bulan Puasa Ramadhan Al Mubarak 1430 Hijrah

"jika semua harta adalah racun, maka zakatlah penawarnya jika seluruh umur adalah dosa, maka tobatlah obatnya jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadhan lah pemutihnya"

Menjelang datangnya bulan yang penuh kemuliaan, bulan Ramadhan, ada tradisi untuk saling memberikan ucapan selamat di antara kaum muslimin. Kesempatan ini juga sering dimanfaatkan untuk saling meminta maaf agar hati menjadi bersih dalam memasuki bulan yang suci.

"Sangatlah cantik kain pelikat… Dipakai orang pergi ke pekan.. Puasa Ramadhan sudahlah dekat.. Salah & khilaf mohon dimaafkan..."



Assalamualaikum... sye nak ucapkan "Selamat Berpuase" kepada sume umat² islam seluruh dunia terutama nyer kawan² sye...

Semoga di bulan yang penuh kemuliaan nieyh kiter bersama² beribadah dengan hati yg ikhlas & bersungguh²...

Sye mintak maaf zahir & batin kalo ader salah silap...

SELAMAT MENYAMBUT PUASA RAMADHAN !!!


10 Tips makan di Bulan Ramadhan

1. Berbuka dengan membaca doa.

2. Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2
biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing. 3. Bolehlah makan nasi & "noodles"

Nasi
Nasi Putih, Nasi Ulam, Nasi Kerabu

"Noodles"
Mee/Bihun/Koayteow } BERKUAH/SUP

4. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.

5. Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

6. Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.

7. Berhenti makan sebelum kenyang.

8. Lebihkan minum air.

9. Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.

10. Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan
adalah seperti berikut:

Nasi putih Oats/ Nestum

Roti/ Ban Buah-buahan/ Kurma


Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut.

"BADAN SIHAT RAMADHAN BERKAT"

16 August 2009

Kenangan Manis

Seng Pui Chean 18 Years Old Birthday Party

日期: 15/08/2009 {星期六}
出席人数:
朋友: 23人
家人: 07人